Meniaga minuman
ice blended
amat menyeronokkan. Ada suka dan ada duka. Orang
kata kalau meniaga tak ada duka bukan berniaga
namanya. Pengalaman berniaga dan merasainya sendiri
kedukaan itu, mengiakan kata-kata itu. Dalam
perniagaan minumam ice blended yang dukanya hanyalah
apabila hujan turun. Kuranglah rezeki pada hari tu.
Cuaca sejuk tidak menggalakkan orang ramai membeli
minuman ice blended. Tapi yang paling seronok adalah
dalam keadaan cuaca sebegitu pun ada juga yang
membeli minuman ice
blended. Hah!!! itulah dia orang yang
betul-betul mengemari minuman ice blended. Tak kira
apa pun keadaan cuaca, mereka mesti mendapatkannya.
Anda bagaimana pula?
Anda pengemar minuman
ice blended?
Atau baru mengenali minuman ice blended? Atau dah
kenal tapi tak cinta lagi? Tak mengapa, samada anda
suka atau tidak minuman ice blended, ia tetap ada di
sekeliling anda. Kekadang tu teringin juga untuk
merasainya, betul tak?
Minuman
ice blended
ini amat disukai oleh golongan remaja. Dari
peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat
universiti. Orang dewasa ada juga yang suka tapi
citarasa lain sikit. Cappuccino, Mocha, Tiramisu dan
Latte adalah pilihan utama mereka. Tapi untuk
golongan remaja mereka lebih suka Chocolate dan
Vanilla. Ataupun mereka minta campur Chocolate
dengan Vanilla. Perasa buah-buahan pun pilihan utama
juga. Anggur campur dengan Vanilla, Strawberry
campur dengan Vanilla dan pelbagai lagi.
Mengenai minuman
ice blended
perasa buah-buahan pula, dulu guna jus dalam botol.
Tapi kini dah ada serbuk buah-buahan di pasaran.
Harganya mahal sikit dari jus dalam botol tapi
rasanya lebih bagus lagi. Kenapa? Jus buah-buahan
dalam botol lebih kepada gula, bahan perwarna dan
perasa buah-buahan sahaja. Tetapi kalau serbuk
buah-buahan pula, buah-buahan diproses sehingga
menjadi serbuk dan bahan perwarna serta gula juga
digunakan. Maka rasanya lebih nikmat lagi.
Ada juga pelanggan yang
mempunyai citarasa yang sungguh hebat lagi. Minta
dicampurkan Cappuccino dengan Mocha. Maka jadilah
MochaCino. Ada pula minta Mocha dengan Latte.
Jadilah MochaLatte. Pelbagai lagi campuran seperti
Chocolate dengan Latte, jadilah ChoLatte. Mocha
dengan Vanilla, Cappuccino dengan Vanilla dan
macam-macam lagi. Cappuccino dengan Latte? Ini
jarang diminta sebab Cappuccino dan Latte adalah
adik beradik. Rasanya lebih kurang sama. Bahan yang
digunakan untuk membuat Cappuccino dan Latte juga
sama cuma bezanya kalau tak silap peratus susu dalam
Latte lebih atau sama dengan kopi. Cappuccino pula
lebih peratus kopi dari susu. Jadi kalau ingin
membeli minuman ice
blended janganlah minta Cappuccino dicampur
dengan Latte. Rasanya sama sahaja.
Ada cerita yang amat
menyentuh hati apabila seorang kanak-kanak yang tak
cukup duit nak beli ice blended tapi teringin sangat
nak minum minuman ice blended. Biasanya harga untuk
secawan minuman ice
blended yang bersaiz 9oz adalah RM2.00 ~
RM2.50. Suatu hari datang seorang kanak-kanak dalam
keadaan berlari-lari anak ke gerai kami. Dia
bertanya, 'Bang, bang, berapa satu bang'. Kami
menjawab 'Yang kecil RM2.50, dik'. Secara tiba-tiba
kanak-kanak itu berlari semula meninggalkan kami.
Kami kebingungan.
Kemudian selang beberapa
minit dia datang semula dalam keadaan
termengah-mengah. 'Bang, bang, bagi chocolate satu,
vanilla satu'. Kanak-kanak itu bersuara tanpa
berlengah lagi. Kami pun membancuh minuman ice
blended yang diminta. Apabila sudah siap kami pun
menghulurkan minuman tersebut kepadanya. Nak tahu
apa yang terjadi? Dia menghulurkan segenggam duit
syiling kepada kami. Ya, Allah!!! kuatkan semangat
kami. Kami amat terharu ketika itu. Seorang
kanak-kanak sanggup mengeluarkan duit tabung
semata-mata ingin membeli minuman
ice blended.
Kami sungguh sedih, lalu bertanya kepadanya 'Korek
tabung ke ni?'. Dia mengangguk. 'Ibu, tahu tak?'.
Dia berkata 'Ibu tak cukup duit, suruh korek tabung'.
Kalau minuman ice blended itu sejuk maka ketika itu
hati kami teramat-amat sejuk dan sayu mendengarnya.
Sememangnya sungguh hiba.
Ada juga kanak-kanak
yang datang membawa cuma 30sen sahaja untuk
menikmati minuman
ice blended. Sebagai manusia yang
berperasaan, kami tetap melayani mereka. Malah ada
diantara mereka kami memberi percuma semata-mata
untuk memenuhi kehendak dan kepuasaan mereka. Mereka
tidak tahu apa erti kesusahan. Dalam fikiran mereka
hanya keseronokan dan ria gembira selalu. Maka kita
sebagai insan walaupun berniaga janganlah kita hanya
memikirkan keuntungan semata-mata. Sesekali niatkan
sedekah semoga diberkati Allah dalam perniagaan.
Perniagaan minuman
ice blended
begitu mengasyikkan kerana apabila pelanggan
mengerumumi gerai. Terasa amat bangga ketika itu.
Gerai menjadi tumpuan. Ketika itu kami pun
tunjukkanlah bakat menggoncang 'Blender' dengan cara
tersendiri. Macam orang tebar roti canai atau
membuat teh tarik. Begitu juga peniaga ice blended.
'Blender' digoncang untuk mengeluarkan minuman ice
blended yang sudah siap dibancuh ke dalam cawan.
Kekadang badan pun bergoyang sekali. Sungguh
menyeronokan.
Itulah serba sedikit
pengalaman meniaga
ice blended yang pernah dilalui suatu
ketika dahulu. Sekiranya anda mempunyai
cerita-cerita yang menarik berkaitan dengan ice
blended, kongsikanlah bersama kami. Berkongsi
pengalaman untuk menambahkan pengetahuan kita semua.
Ceria selalu. Jangan lupa 'Sememangnya lain dari
yang lain, dan satu pilihan lain untuk anda'. ;-)
|

aaquier444
|